Tag Archive: story


kerisauan..

Emak tidak begitu sihat….batuk-batuk dan demam…walaupun penyakit ini sudah lama berlanjutan tetapi perkembangan terbaru ini amat meresahkan diri….
Hendak balik tetapi kerja yang ada tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.Apatah lagi musim 2011 baru sahaja bermula.Kepercayaan pelanggan harus diambil kira terlebih dahulu…
Bukankankah senang jika emak ada di sisi boleh selalu melihat dan memantau perkembangannya…tapi mak jauh…dan tak dapat pula untuk melihatnya selalu….

Advertisements

Home Tuisyen

1. Masa anda tentukan sendiri
2. Tidak terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh orang lain
3. Menerima penuh gaji anda tanpa potongan
4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pelajar anda.
5. Ibu-bapa bergantung kepada anda
6. Anda harus menyediakan semua bahan mengajar sendiri
7. Anda bebas mc untuk menyelesaikan masalah peribadi anda
8. Personal touch akan lebih berkesan kepada pelajar
9. Perbincangan dengan ibu-bapa akan lebih berkesan
10. Pelajar anda lebih mudah menerima pelajaran yang anda ajarkan
11. Audiens yang lebih kecil
12. Pelajar lebih memberikan tumpuan
13. Anda adalah pendidik yang mendidik dan mengajar

Pusat Tuisyen

1. Ada jadual yang perlu diikuti
2. Tidak boleh membatalkan kelas sesuka hati
3. Mesti mengikuti arahan dan atur cara serta disiplin pusat tuisyen
4. Nota dan rujukan disediakan oleh pusat tuisyen
5. Anda adalah seorang guru yang mengajar
6. Audiens atau pelajar anda lebih ramai
7. Tiada personal touch yang boleh diimplementasikan
8. Ibu bapa tidak dapat dihubungi untuk berbincang
9. Anda tidak bertanggungjawab terhadap keputusan pelajar
10. Gaji anda mungkin lebih rendah kerana dipotong
11. Pihak pusat tuisyen berharap pada anda

Ramai guru kini membuka pusat tuisyen sendiri. Tidakkah akan wujud konflik antara tugas hakiki untuk membimbing murid menjadi cemerlang dalam masa yang sama memastikan pusat tuisyen juga cemerlang?

MUHYIDDIN: Itu pun boleh diistilahkan sebagai beban juga. Apabila dia punya tugas ditokok lagi dengan tugasan lain walaupun di luar waktu persekolahan secara tak langsung untuk menambahkan pendapatan, maka akan ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Kita hendak lihat perkara ini. Mungkin akan disyaratkan berapa jam seminggu guru boleh diizinkan beri tuisyen (ini cuma pandangan peribadi saya). Saya tidak kata saya mahu menyekat sebab ini telah menjadi kebiasaan kerana kadang-kadang masyarakat pun memerlukan guru untuk membimbing anak mereka sama ada dibayar atau tidak. Tetapi yang penting dalam menentukan batasan sejauh mana difikirkan sesuai. Kadang-kadang kerana mahu mengejar tuisyen tugas di sekolah seperti mengendalikan aktiviti kokurikulum terganggu. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih seimbang dan bukannya samar-samar.

Adakah Tan Sri melihat imbuhan bagi profesion perguruan sekarang ini mencukupi? Jika cukup mengapa trend membuka pusat tuisyen semakin menjadi-jadi?

MUHYIDDIN: Nak katakan profesion perguruan tidak diimbuh dengan gaji yang setimpal tidak juga, kerana telah ada beberapa kali keputusan yang dibuat oleh kerajaan menambah baik ganjaran kepada guru, malah guru adalah profesion yang dibayar gaji yang lumayan. Contohnya seorang guru besar dengan 1,500 hingga 1,800 murid dan tempoh waktu bekerja yang kita tahu dibayar gaji lebih tinggi daripada pegawai daerah yang jaga satu daerah, dia jaga satu sekolah saja, dan dia diberi peluang kenaikan pangkat yang tidak terbatas walaupun dia hanya guru besar atau pengetua. Kalau dikatakan bayaran tidak setimpal saya tidak setuju tetapi yang pastinya sesiapa pun akan cakap gaji tidak cukup. Mesti ada keseimbangan dari segi tugas dan imbuhan yang dibayar. Malahan di kementerian saya lebih 80 peratus bajet dibayar dalam bentuk gaji untuk guru.

Apa pandangan Tan Sri tentang dakwaan bahawa guru-guru dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas-tugas hakiki mereka?

MUHYIDDIN: Perkara ini memang kita telah bincangkan. Satu jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengkaji permasalahan tersebut dan hasil kajian akan diserahkan minggu depan. Dalam kajian itu kita nak pastikan apa sebenarnya tugas guru. Kalau ikut definisi biasa tugas guru adalah mendidik, mengajar. Tetapi di samping itu bagaimana pula dalam perjawatan-perjawatan lain. Biasanya ada bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan kepada guru misalnya disiplin, kokurikulum, peperiksaan dan kita tahu sejak dari dulu ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru. Jadi apabila dikatakan beban, maka kita nak tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban, di peringkat mana kerja itu berlipat kali ganda banyaknya dari segi kuantum kerja itu sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas seperti biasa. Jadi kita hendak establish betul-betul, sebab itu apabila saya putuskan menubuhkan jawatankuasa itu ia bertujuan untuk memastikan proses P&P itu sesuatu yang dinamik, ia bukan statik. Kita juga hendak pastikan proses pembelajaran itu sentiasa ke hadapan di samping kita tahu juga kadang-kadang ada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sekolah, jadi guru besar atau pengetua seorang tidak mampu melaksanakannya dan memerlukan bantuan guru-guru lain atau tenaga lain di sekolah seperti kerani. Yang penting kita nak tentukan apakah bidang tugas sama ada ‘guru++’ atau guru semata-mata.Kalau benarlah mereka terpaksa menanggung kerja yang lebih daripada sepatutnya dan dakwaan itu dapat dibuktikan berasaskan fakta, maka langkah-langkah lain boleh diambil. Misalnya boleh disediakan tenaga pentadbiran di sekolah supaya kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru boleh juga dikongsi oleh pembantu-pembantu tadbir di sekolah. Kalau bukan tugas hakiki sebaliknya tugas tambahan yang sewajarnya tidak ditanggung oleh guru maka mungkin kita boleh tentukan cadangan tenaga pentadbiran diwujudkan di sekolah. Di samping itu kita perlu ambil kira jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi dan saya tahu memang ramai guru yang dedikasi mereka tidak akan melihat tugas tersebut sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan saya tahu ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar terutama di kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). SBT ini tiada kelebihan banding dengan sekolah-sekolah lain tetapi kelebihannya adalah dari segi kepimpinan dan komitmen guru yang jauh lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Mereka sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.Sejauh mana usaha kerajaan menambah baik kursus perguruan sedia ada supaya relevan dengan tuntutan semasa?

MUHYIDDIN: Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hubungan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan program ijazah perguruan sentiasa berlangsung dengan baik kerana kita hendak pastikan latihan atau kursus perguruan yang ditawarkan di peringkat ijazah mempunyai kepakaran-kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan masa depan. Di peringkat kita pula misalnya di Institut Pendidikan Guru, kurikulumnya sentiasa diperbaharui, lebih-lebih lagi sekarang kita dimasukkan komponen-komponen baru dalam erti kata interaksi dan pedagogi yang digunakan untuk mengajar anak-anak mesti sentiasa tepat. Bagaimanapun kita tidak berharap ia akan berubah selalu. Perubahan yang kerap akan mendatangkan masalah. Bagaimanapun perlu ada pembaharuan, transformasi dari sudut kurikulum sebagai contoh, guru-guru mesti dilatih supaya mereka faham sasaran atau matlamat berkhidmat dalam bidang perguruan tercapai.

Pesanan Tan Sri kepada semua guru?

MUHYIDDIN: Profesion guru amat mulia. Guru-guru mesti memberi sumbangan kepada anak watan dan menyifatkan tanggungjawab mereka itu sebagai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Penting di mana guru jalankan tugas dengan rasa senang hati. Saya ingin memberitahu bahawa kerajaan iktiraf peranan guru dan menghargai sumbangan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kita tahu mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Kita mahu supaya mereka berikan tenaga serta masa mereka untuk menjadikan profesion guru sesuatu yang dimuliakan.

Kredit kepada Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Sesekali Teringat….

it’s been a while me n myself look around and nobody around me .It’s great when we thot that we will surrounding with friends and the person that we love most.But there is nothing…

That’s the time when we thot that we happy but unfortunately we are not…yet our life continue without break or rest..time…time..time…so fast so cruel so etc…but thats life….

Love to see other people keep standing even huge n major obstacle infront of them…lucky…,me..? so far nothing can harm myself unless that when come to the my preciouse baby…experienced gave their lesson.

blablablabla….

komunikasi yang berkesan amatlah penting dalam menjayakan apa-apa bidang perniagaan .Apatah lagi ianya adalah sebagai satu strategi anda untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.
Komunikasi juga adalah penting bagi memastikan bahawa apabila anda menyampaikan maklumat atau informasi pelanggan atau audien anda faham dan jelas dengan apa yang disampaikan oleh anda.Walaubagaimanapun masih lagi terdapat segelintir orang masih menghadapi masalah komunikasi.

Digariskan beberapa panduan untuk anda menangani isu komunikasi ini.
• Komunikasi Diri

Komunikasi diri ini adalah lebih merujuk kepada cara dan teknik untuk diri berkomunikasi dengan orang lain ataupun secara khususnya apabila berhadapan dengan pelanggan dan audien.Ada usahawan yang kurang bercakap tetapi amat mahir dalam bidang yang hendak diajarnya.

Ada beberapa faktor yang harus di pertimbangkan bagi anda yang kurang berkomunikasi ini untuk memahirkan diri anda di antaranya ialah ;

– Cubalah berkomunikasi dengan diri sendiri di hadapan cermin dahulu.Mengarutlah apa sahaja di hadapan cermin tersebut.Anda buatlah dalam bilik tidur anda, bukannya ada orang yang nak gelakkan anda pun…

– Anda boleh juga cuba membaca majalah atau buku rujukan yang anda hendak anda sampaikan dengan kuat dan bersungguh – sungguh.Sekurang–kurangnya untuk anda membiasakan diri anda membuka mulut.Pentingnya pengetahuan yang meluas adalah untuk memastikan anda tidak buntu idea dan tersekat-sekat ketika menyampaikan penerangan.

– Anda boleh juga berkomunikasi dengan rakan –rakan anda secara berbual – bual .Memahirkan diri dalam komunikasi diri ini adalah dengan kesungguhan yang jitu.Anda tahu yang anda boleh…lapangkan dada dan anggap sahaja ketika anda mengajar anda seolah-olah sedang berkomunikasi dengan kawan anda.

-Anda juga haruslah yakin dengan diri anda untuk berkomunikasi.Keyakinan ini hanya akan timbul apabila anda bersedia ataupun anda tahu apa yang anda hendak lakukan.Bagaimana hendak bersedia ?…senang sahaja,sebelum berkomunikasi persiapkanlah diri dengan bahan unttuk anda sampaikan yang mencukupi dan tepat .Insyaallah keyakinan anda akan bertambah dan penuh yakin ianya akan berjaya.

salam untuk motivasi komunikasi malam ini.