Tag Archive: kata-kata semangat


Geniuskah anda?

Oleh: Irfan Khairi

Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration.” Sekiranya itu benar, kita semua punyai potensi menjadi seorang genius!
Bagaimana caranya? Tidak sesusah yang disangkakan. Dengan hanya mengikut 3 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menduplikasikan diri anda menjadi genius.

Perwatakan genius #1

Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan 100% pada masa itu untuk menyelesaikannya. seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut- tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita melakukan kerja.
Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja. Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun matlamat besar, kita perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya. Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita untuk membantu mencapai matlamat tersebut.
Sebaiknya menulis semua detail dan maklumat matlamat – lagi banyak maklumat yang ditulis, lebih mudah minda untuk berfungsi membantu mencapaikannya.
Berita baiknya, untuk mengasah fokus kita, adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dengan memupuk tabiat menulis setiap matlamat kita dan berusaha menjauhkan gangguan-gangguan minda , secara perlahan-lahan, kita akan lebih fokus kepada kerja di tangan 100%!

Perwatakan genius #2

Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu, masalah atau kerja. Dalam kata lain, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan.
Tidak cukup dengan hanya menulis matlamat, skema perancangan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian yang amat jelas hanya dengan cara benar-benar duduk dan memastikan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi.
Tetapkan prioriti dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu dibuat dahulu, dan apa yang perlu dikemudiankan. Bukan sekadar menjadi genius sahaja, tetapi, tip ini juga akan membatu menguruskan masa.
Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja yang kita ingin lakukan, dan meletakkan prioriti A-B-C-D pada setiap entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh di tinggalkan. Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A sehingga C.
Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas. Para genius melakukannya, apa kata kita turut lakukan!

Perwatakan genius #3

Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu hilang apabila kita membesar. Apa yang kita perlu lakukan adalah buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai.
Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius!
Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari. Saintis mengatakan bahawa manusia genius sepertti Albert einstein atau Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Begitu besar lagi potensi otak manusia yang masih belum pernah diterokai. Langkah awal kita adalah dengan mengamalkan 3 perwatakan genius yang telah diterapkan di atas!
Semoga kita menjadi seorang yang genius tak kira apa sahaja yang kita lakukan!

Advertisements

Home Tuisyen

1. Masa anda tentukan sendiri
2. Tidak terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh orang lain
3. Menerima penuh gaji anda tanpa potongan
4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pelajar anda.
5. Ibu-bapa bergantung kepada anda
6. Anda harus menyediakan semua bahan mengajar sendiri
7. Anda bebas mc untuk menyelesaikan masalah peribadi anda
8. Personal touch akan lebih berkesan kepada pelajar
9. Perbincangan dengan ibu-bapa akan lebih berkesan
10. Pelajar anda lebih mudah menerima pelajaran yang anda ajarkan
11. Audiens yang lebih kecil
12. Pelajar lebih memberikan tumpuan
13. Anda adalah pendidik yang mendidik dan mengajar

Pusat Tuisyen

1. Ada jadual yang perlu diikuti
2. Tidak boleh membatalkan kelas sesuka hati
3. Mesti mengikuti arahan dan atur cara serta disiplin pusat tuisyen
4. Nota dan rujukan disediakan oleh pusat tuisyen
5. Anda adalah seorang guru yang mengajar
6. Audiens atau pelajar anda lebih ramai
7. Tiada personal touch yang boleh diimplementasikan
8. Ibu bapa tidak dapat dihubungi untuk berbincang
9. Anda tidak bertanggungjawab terhadap keputusan pelajar
10. Gaji anda mungkin lebih rendah kerana dipotong
11. Pihak pusat tuisyen berharap pada anda

Senyum

Perkara paling senang dan paling mudah dilakukan.Ingatlah hanya melalui senyum di awal pagi atau senyum ketika berjumpa dengan orang lain secara tidak langsung mood anda juga akan tersenyum.

Positif dan lapangkan dada, Senyum biar pada cahaya yang menyinari pagi.Biasanya senyuman akan membuatkan anda merasa gembira dan bahagia dan orang lain juga akan membalas senyuman anda.

Secara tidak langsung anda akan berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang sekeliling anda.Senyuman yang ikhlas akan membuatkan orang lain germbira dan pastinya akan membuat anda juga gembira.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya senyuman yang anda lakukan itu bukan sahaja mengubati mood orang lain tetapi juga mood di sekeliling anda.

Malah apa yang anda lakukan tidak melibatkan sebarang kos ?.Apa yang anda lakukan apabila orang lain tersenyum dan senyuman itu membuatkan anda juga merasa gembira dan bahagia ?.

Sebab itulah saya katakan ,senyuman adalah pengubat jiwa penawar duka hiba.

“ In a study of adults of various ages,a tendancy was found for subjects to mimic the expression of those around them.In other words,sad faces evoked more sad faces,and smiling faces evoked smiles and happiness.”
Lundqvist and Dimberg 1995