Latest Entries »

Cikgu Journals

Salam…

semalam dan kelmarin anak2 murid menduduki peperiksaan SPM…sebagai cikgu, diri sendiri pula merasa kecut dan bimbang sekiranya anak2 murid tidak dapat menjawab dengan baik.

sebagai seorang guru tuisyen …saya sangat merasa bertanggungjawab sepenuhnya kerana ada keluarga yang telah membayar dengan sejumlah wang yang begitu banyak untuk memastikan kejayaan anak2 anak mereka.

Tetapi setakat yang saya tahu…saya telah menumpahkan sepenuh perasaan dan pengetahuan untuk kejayaan anak2 murid saya.Malahan saya begitu berbangga dengan anak2 saya.Walaupun mereka bukanlah terdiri daripada anak2 murid yang genius dan cemerlang.Tetapi semangat mereka untuk berjaya sangatlah mengkagumkan,teringat pada diri sendiri yang tidak begitu pandai sehinggakan terpaksa melakukan berkali2 untuk memahami dan mahir mengenai sesuatu tajuk..

Insyaallah saya percaya mereka akan berjaya.Selamat berjaya semua

Advertisements

Senyum

Perkara paling senang dan paling mudah dilakukan.Ingatlah hanya melalui senyum di awal pagi atau senyum ketika berjumpa dengan orang lain secara tidak langsung mood anda juga akan tersenyum.

Positif dan lapangkan dada, Senyum biar pada cahaya yang menyinari pagi.Biasanya senyuman akan membuatkan anda merasa gembira dan bahagia dan orang lain juga akan membalas senyuman anda.

Secara tidak langsung anda akan berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang sekeliling anda.Senyuman yang ikhlas akan membuatkan orang lain germbira dan pastinya akan membuat anda juga gembira.

Apa yang anda akan lakukan sekiranya senyuman yang anda lakukan itu bukan sahaja mengubati mood orang lain tetapi juga mood di sekeliling anda.

Malah apa yang anda lakukan tidak melibatkan sebarang kos ?.Apa yang anda lakukan apabila orang lain tersenyum dan senyuman itu membuatkan anda juga merasa gembira dan bahagia ?.

Sebab itulah saya katakan ,senyuman adalah pengubat jiwa penawar duka hiba.

“ In a study of adults of various ages,a tendancy was found for subjects to mimic the expression of those around them.In other words,sad faces evoked more sad faces,and smiling faces evoked smiles and happiness.”
Lundqvist and Dimberg 1995

Everyone can have tuition

For all

Assalamualaikum….

Selamat datang kepada pengunjung….Saya cikgu lets home tuition pertama kali menulis blog mengenai apa yang saya buat dan apa yang saya lakukan sepanjang pekerjaan saya sebagai guru tuisyen persendirian.

Saya akan memuatkan pelbagai info yang boleh dikongsi bersama untuk tujuan berpesan-pesan kepada diri saya sendiri dan juga pada semua.

salam

cikgu

Everyone can have tuition

For all