Category: Cikgu Journal’s


Hari Ini…

Hari ini…Mengajar di rumah pelanggan baru…3 jam straight hours…hahahaha seronok seronok seronok…

Kakak bakal mengambil SPM adik seorang darjah 2 dan tidlagi darjah 1… 1 kelas 3 orang serentak macam kombo pulak.Jadi mcam biasa bila dah ramai nih..macam2 karenah…tetapi alhamdulillah semuanya terkawal..Si kecil boleh pulak bertahan selama 3 jam …tapi sudah tentulah…makan..rehat..kacau si kakak sudah menjadi kewajipan…

Sangat menyenangi tuan rumah..sangat peramah dan juga sangat merendah diri.Orangnya sederhana tetapi sangat menegaskan betapa pentingnya pelajaran.Suka..suka..suka..

Di Shah alam atau di lembah klang nie…beginilah…ibu bapa tidak kira yang berkemampuan atau tidak berkemampuan akan sedaya upaya mencari guru2 yang terbaik utnuk anak2 mereka…hanya anak2 mereka sahaja kadang2 tidak berkemampuan untuk mengikuti kehendak ibu bapa mereka…

………………

Advertisements

Berfikirlah secara positif ataupun optimistik.

Berfikir secara positif atau optimistik akan menyenangkan hati anda dan melapangkan jiwa anda..Hanya dengan bersikap seperti ini anda akan berkeyakinan untuk menghadapi apa-apa sahaja cabaran dan rintangan.
Jangan sekali-kali anda memikirkan sesuatu perkara yang belum berlaku,ini kerana banyak harapan musnah hanya kerana anda memikirkan sesuatu perkara yang belum pasti akan berlaku.
Jangan jadikan sesuatu perkara yang tidak diingini menekan diri anda sehinggakan anda berasa diri anda rendah diri dan menjauhkan diri dari menghadapi sesuatu perkara.
Elakkan daripada memikirkan sesuatu yang negatif kerana anda pasti akan terpengaruh dengan unsur negatif ini.
Mengikut David Niven,Ph.D best selling author of The 100 Simple Secret of Successful People “People who find themselves dissatisfied in life often set unreachable goals for themselves,setting themselves up to fail.” Mudah bukan …orang yang sentiasa tidak puashati dengan kehidupan sentiasa berfikiran negative dan akhirnya semuanya gagal.
Bukalah minda…buka seluas-luasnya kepada idea-idea baru dan cara baru untuk memperbaiki kehidupan.jangan berhenti belajar dan mengubahsuai.

Dunia sentiasa berubah.jika kita menghadkan keupayaan diri dan mudah merasa selesa dengan apa yang anda ada sekarang,sudah tentunya perasaan tidak puashati dengan kejayaan orang lain semakin menebal dan meningkat sama seperti umur anda.

Jangan rasa anda sudah mahir dengan satu-satu bidang itu anda akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.teruskan usaha sehingga anda menjadi seorang yang serba boleh dan mahir dalam semua bidang.

Pandang ke hadapan

Perkhidmatan tuisyen di rumah ini adalah perniagaan yang berasaskan air liur yang disokong oleh pengetahuan dan kemahiran komunikasi yang baik (bukannya yang tidak berkomunikasi dengan baik itu tidak boleh, boleh juga…nanti kita bincangkan dengan lebih lanjut kemudiannya…)

Perkara utama yang perlu ada pada seorang usahawan tuisyen ialah memandang kehadapan dengan penuh yakin dengan apa sahaja yang akan dilakukan.Kepada para usahawan tuisyen ini perkara pokok yang paling utama ialah MINAT.
• MINAT untuk mengajar
• MINAT untuk berada di kalangan pelajar
• MINAT untuk mendidik
• MINAT untuk maju kehadapan
• MINAT untuk memperbaiki taraf ekonomi diri
• MINAT untuk memperolehi kesenangan hidup

Itulah dia perkataan keramat pembakar hati pendorong jiwa.Tanpa minat yang mendalam biarpun anda seorang guru saya percaya kehidupan anda akan berada ditakuk itu juga.Tanpa minat malanglah nasib, mungkin buat juga tetapi separuh hati ataupun bukan jiwa pengajar dan akhirnya mengajar “bagai melepaskan batuk di tangga “.Macam itulah yang biasa berlaku.
Sebab itulah saya menegaskan bahawa semuanya terletak kepada minat.Biasanya orang kalau sudah minat sanggup bergolok bergadai untuk mencapai apa yang diminati.

Salam