Category: Cikgu Journal’s


kerisauan..

Emak tidak begitu sihat….batuk-batuk dan demam…walaupun penyakit ini sudah lama berlanjutan tetapi perkembangan terbaru ini amat meresahkan diri….
Hendak balik tetapi kerja yang ada tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.Apatah lagi musim 2011 baru sahaja bermula.Kepercayaan pelanggan harus diambil kira terlebih dahulu…
Bukankankah senang jika emak ada di sisi boleh selalu melihat dan memantau perkembangannya…tapi mak jauh…dan tak dapat pula untuk melihatnya selalu….

Advertisements

Oleh ROSLAH OTHMAN – Utusan Online

SEPERTI dimaklumi, ibu bapa dan guru menjalankan fungsi atau tanggungjawab yang serupa terhadap pembangunan serta perkembangan pembelajaran dan sahsiah pelajar.

Mereka bertanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membimbing bagi membentuk masa depan pelajar yang gemilang, cuma tempat, masa dan keadaannya berbeza.

Hubungan anak dan ibu bapa lebih kepada pertalian darah yang penuh dengan kasih sayang, kemesraan, pengorbanan dan rasa hormat sementara dengan guru lebih kepada mendidik dan menimba ilmu.
Ini memberi kelebihan kepada ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak secara langsung, berbanding guru.

Tingkah laku

Walaupun guru masih bersifat formal dan dibatasi peraturan, dalam banyak perkara, peranan guru dan ibu bapa adalah serupa. Ini termasuklah menghadapi masalah sama dalam menangani tingkah laku pelajar.
Hal ini turut diakui oleh Pakar Motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah sambil menegaskan ibu bapa dan guru perlu bersatu untuk melahirkan generasi muda yang mampu memimpin negara dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
“Peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam usaha merealisasikan impian menjadikan seorang pelajar itu cemerlang, gemilang dan terbilang.”
“Sekiranya ibu bapa dan guru tidak bersatu dalam membentuk pelajar menjadi insan yang berwawasan dan berwibawa, amat sukar melahirkan generasi pelapis yang berkarisma dalam memimpin negara pada masa depan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran VCD Motivasi `Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Yang Gemilang dan Langkah Bijak Usahawan Terbilang 2, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, senario saling menyalahkan antara satu sama lain yang kerap berlaku di hampir semua sekolah di negara ini harus diketepikan.

Terjebak

Sambil memberi contoh, ada ibu bapa menyalahkan guru apabila anak mereka terjebak dalam gejala tidak sihat seperti ponteng sekolah, rokok, lepak dan penagihan dadah.
Dalam hal ini katanya, ibu bapa tidak se-harusnya menyalahkan pihak sekolah semata-mata, sebaliknya sama-sama mencari jalan penyelesaian.
Malah menjadi satu keperluan mewujudkan satu sistem komunikasi dua hala iaitu antara sekolah dan komuniti (ibu bapa) begitu juga sebaliknya.
Dalam menangani masalah pelajar misalnya, sekolah dan komuniti perlu melaksanakan penyelidikan bersama mengenai pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan hubungan sosial.
“Tanggungjawab ibu bapa atau komuniti terhadap sekolah pula adalah membantu menentukan matlamat yang ditetapkan, dengan ia perlu ditetapkan agar konflik dalam masyarakat dapat dielak.”
“Ini sekali gus memastikan segala perancangan jangka panjang dapat dicapai,” tegasnya.
Antara tanggungjawab tersebut ialah bagaimana melahirkan pelajar berilmu, berfikiran kreatif dan mempunyai semangat patriotisme.
Ibu bapa dan guru juga perlu memahami kehendak pelajar sebagai individu termasuk mengambil berat, memahami perasaan dan elak daripada menjatuhkan maruahnya.
Bagi pihak pelajar pula kata Fadzilah, mereka juga perlu mempunyai motivasi untuk diri sendiri. Ini termasuklah mempunyai kekuatan diri bagi mengikis perkara negatif di sekeliling mereka.
“Bagaimanapun, kekuatan diri hanya dapat dibina melalui pengajaran dan penghayatan agama yang mantap,” ujarnya.

usaha…

1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan me¬ngaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupay¬a¬an mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti pen¬ting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

” Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.”

(Majalah Sukses – 10 September 09)

1. Pendapatan yang memberansangkan

2. Bekerja sendiri

3. Penghormatan diri sebagai guru

4. Mampu membuat simpanan masa hari tua atau waktu kecemasan

5. Ketenangan fikiran

6. Pahala berpanjangan

7. Menyelesaikan hutang tertunggak

8. Mengajar untuk mendidik

9. Mendapat keluarga baru

10. Sentiasa mendapat buah tangan dan cendera hati dari pelanggan dari luar Negara.

11. Murah rezeki

Home Tuisyen

1. Masa anda tentukan sendiri
2. Tidak terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh orang lain
3. Menerima penuh gaji anda tanpa potongan
4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pelajar anda.
5. Ibu-bapa bergantung kepada anda
6. Anda harus menyediakan semua bahan mengajar sendiri
7. Anda bebas mc untuk menyelesaikan masalah peribadi anda
8. Personal touch akan lebih berkesan kepada pelajar
9. Perbincangan dengan ibu-bapa akan lebih berkesan
10. Pelajar anda lebih mudah menerima pelajaran yang anda ajarkan
11. Audiens yang lebih kecil
12. Pelajar lebih memberikan tumpuan
13. Anda adalah pendidik yang mendidik dan mengajar

Pusat Tuisyen

1. Ada jadual yang perlu diikuti
2. Tidak boleh membatalkan kelas sesuka hati
3. Mesti mengikuti arahan dan atur cara serta disiplin pusat tuisyen
4. Nota dan rujukan disediakan oleh pusat tuisyen
5. Anda adalah seorang guru yang mengajar
6. Audiens atau pelajar anda lebih ramai
7. Tiada personal touch yang boleh diimplementasikan
8. Ibu bapa tidak dapat dihubungi untuk berbincang
9. Anda tidak bertanggungjawab terhadap keputusan pelajar
10. Gaji anda mungkin lebih rendah kerana dipotong
11. Pihak pusat tuisyen berharap pada anda

Teaching is one of the most complicated jobs today.It demands broad knowledge of subject matter, curriculum and standards; enthusiasm, a caring attitude and a love of learning; knowledge of discipline and classroom management techniques; and a desire to make a difference in the lives of young people. With all these qualities required, it’s no wonder that it’s hard to find great tutors.Here are some idea of great tutors:

Great tutors set high expectations for all students.They expect that all students can and will achieve in their classroom, and they don’t give up on underachievers.Don’t bias n feel there are jerk…

Great teachers have clear, writtenout objectives.What to do…what to teach…what to motivate….

Effective tutors have lesson plans that give students a clear idea of what they will be learning. Assignments have learning goals and give students ample opportunity to practice new skills.

The tutors is consistent in grading and returns work in a timely manner.

Great tutors are prepared and organized.They are in their classrooms early and
ready to teach. They present lessons in a clear and structured way. Their classrooms are organized in such a
way as to minimize distractions.

Great tutors engage students and get them to look at issues in a variety of ways.
They keep students motivated with varied, livelyapproaches.

Great tutors form strong relationships with their students and show that they care about them as
people and as somebody in their life.

Great tutors are warm, loving and caring. Tutors with these qualities are known to available
to students and parents who need them. They are involved in all student matters only to gain their trust.

Great tutors are masters of their subject matter. They exhibit expertise in the subjects they are teaching and spend time continuing to gain new knowledge in their field. They present material inan enthusiastic manner and instill a
hunger in their students to learn more on their own.

Great tutors communicate frequently with parents.They reach parents through
conferences and frequent written reports home. They don’t hesitate to pick up the telephone to call a parent to have discussion n give a student progress report.

Salam dan selamat mengikuti blog saya ini….

Hari nie sudah pun hari sabtu….perancangan awal 2 minggu pertama ini sudah hampir siap…sebuah kursus kepada yang ingin menjadi guru tuisyen sudah pun dijalankan secara personal coaching.Peserta 5 orang sahaja tetapi..saya sangat berpuas hati kerana saya mendapat peserta yang begitu berkualiti.Peserta yang hadir adalah dari Kuala Lumpur..Seremban..Shah Alam dan Bangi.Saya merasa bangga sendiri kerana peserta adalah orang Melayu dan masih muda.Saya bangga kerana mereka ada kesungguhan dan mereka menyatakan bekerja adalah lebih baik dari mengharapkan sesuatu yang tidak pasti sekiranya mereka melibatkan diri dalam E-Dagang..Humm…senyum sendiri saya..Saya menyatakan “jangan begitu…E-Dagang adalah suatu yang hebat jika kita tahu caranya..kutip sahaja ilmu yang boleh manfaatkan diri,Insyaallah manalah tahu rezeki Allah”

Kursus yang lebih besar dijangka akan diadakan pada 6hb February 2010…lewat dari tempoh yang sepatutnya iaitu pada 23hb January.Kelewatan adalalah disebabkan tempat yang telah dibooking telah diberikan kepada pihak lain.Humm…tidak tahu hendak salahkan siapa..adakah saya atau pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal logistik.Walaubagaimana pun kepada sesiapa yang telah mendaftar pada 23hb January 2011 kursus akan tetap diadakan tetapi hanya 10 orang sahaja.
Kita buat ditempat yang lebih eksklusif berhampiran dengan rumah saya….

Terima kasih kepada sesiapa yang telah menyokong penuh kursus saya ini.

Smile.

Ramai guru kini membuka pusat tuisyen sendiri. Tidakkah akan wujud konflik antara tugas hakiki untuk membimbing murid menjadi cemerlang dalam masa yang sama memastikan pusat tuisyen juga cemerlang?

MUHYIDDIN: Itu pun boleh diistilahkan sebagai beban juga. Apabila dia punya tugas ditokok lagi dengan tugasan lain walaupun di luar waktu persekolahan secara tak langsung untuk menambahkan pendapatan, maka akan ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Kita hendak lihat perkara ini. Mungkin akan disyaratkan berapa jam seminggu guru boleh diizinkan beri tuisyen (ini cuma pandangan peribadi saya). Saya tidak kata saya mahu menyekat sebab ini telah menjadi kebiasaan kerana kadang-kadang masyarakat pun memerlukan guru untuk membimbing anak mereka sama ada dibayar atau tidak. Tetapi yang penting dalam menentukan batasan sejauh mana difikirkan sesuai. Kadang-kadang kerana mahu mengejar tuisyen tugas di sekolah seperti mengendalikan aktiviti kokurikulum terganggu. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih seimbang dan bukannya samar-samar.

Adakah Tan Sri melihat imbuhan bagi profesion perguruan sekarang ini mencukupi? Jika cukup mengapa trend membuka pusat tuisyen semakin menjadi-jadi?

MUHYIDDIN: Nak katakan profesion perguruan tidak diimbuh dengan gaji yang setimpal tidak juga, kerana telah ada beberapa kali keputusan yang dibuat oleh kerajaan menambah baik ganjaran kepada guru, malah guru adalah profesion yang dibayar gaji yang lumayan. Contohnya seorang guru besar dengan 1,500 hingga 1,800 murid dan tempoh waktu bekerja yang kita tahu dibayar gaji lebih tinggi daripada pegawai daerah yang jaga satu daerah, dia jaga satu sekolah saja, dan dia diberi peluang kenaikan pangkat yang tidak terbatas walaupun dia hanya guru besar atau pengetua. Kalau dikatakan bayaran tidak setimpal saya tidak setuju tetapi yang pastinya sesiapa pun akan cakap gaji tidak cukup. Mesti ada keseimbangan dari segi tugas dan imbuhan yang dibayar. Malahan di kementerian saya lebih 80 peratus bajet dibayar dalam bentuk gaji untuk guru.

Apa pandangan Tan Sri tentang dakwaan bahawa guru-guru dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas-tugas hakiki mereka?

MUHYIDDIN: Perkara ini memang kita telah bincangkan. Satu jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengkaji permasalahan tersebut dan hasil kajian akan diserahkan minggu depan. Dalam kajian itu kita nak pastikan apa sebenarnya tugas guru. Kalau ikut definisi biasa tugas guru adalah mendidik, mengajar. Tetapi di samping itu bagaimana pula dalam perjawatan-perjawatan lain. Biasanya ada bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan kepada guru misalnya disiplin, kokurikulum, peperiksaan dan kita tahu sejak dari dulu ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru. Jadi apabila dikatakan beban, maka kita nak tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban, di peringkat mana kerja itu berlipat kali ganda banyaknya dari segi kuantum kerja itu sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas seperti biasa. Jadi kita hendak establish betul-betul, sebab itu apabila saya putuskan menubuhkan jawatankuasa itu ia bertujuan untuk memastikan proses P&P itu sesuatu yang dinamik, ia bukan statik. Kita juga hendak pastikan proses pembelajaran itu sentiasa ke hadapan di samping kita tahu juga kadang-kadang ada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sekolah, jadi guru besar atau pengetua seorang tidak mampu melaksanakannya dan memerlukan bantuan guru-guru lain atau tenaga lain di sekolah seperti kerani. Yang penting kita nak tentukan apakah bidang tugas sama ada ‘guru++’ atau guru semata-mata.Kalau benarlah mereka terpaksa menanggung kerja yang lebih daripada sepatutnya dan dakwaan itu dapat dibuktikan berasaskan fakta, maka langkah-langkah lain boleh diambil. Misalnya boleh disediakan tenaga pentadbiran di sekolah supaya kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru boleh juga dikongsi oleh pembantu-pembantu tadbir di sekolah. Kalau bukan tugas hakiki sebaliknya tugas tambahan yang sewajarnya tidak ditanggung oleh guru maka mungkin kita boleh tentukan cadangan tenaga pentadbiran diwujudkan di sekolah. Di samping itu kita perlu ambil kira jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi dan saya tahu memang ramai guru yang dedikasi mereka tidak akan melihat tugas tersebut sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan saya tahu ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar terutama di kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). SBT ini tiada kelebihan banding dengan sekolah-sekolah lain tetapi kelebihannya adalah dari segi kepimpinan dan komitmen guru yang jauh lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Mereka sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.Sejauh mana usaha kerajaan menambah baik kursus perguruan sedia ada supaya relevan dengan tuntutan semasa?

MUHYIDDIN: Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hubungan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan program ijazah perguruan sentiasa berlangsung dengan baik kerana kita hendak pastikan latihan atau kursus perguruan yang ditawarkan di peringkat ijazah mempunyai kepakaran-kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan masa depan. Di peringkat kita pula misalnya di Institut Pendidikan Guru, kurikulumnya sentiasa diperbaharui, lebih-lebih lagi sekarang kita dimasukkan komponen-komponen baru dalam erti kata interaksi dan pedagogi yang digunakan untuk mengajar anak-anak mesti sentiasa tepat. Bagaimanapun kita tidak berharap ia akan berubah selalu. Perubahan yang kerap akan mendatangkan masalah. Bagaimanapun perlu ada pembaharuan, transformasi dari sudut kurikulum sebagai contoh, guru-guru mesti dilatih supaya mereka faham sasaran atau matlamat berkhidmat dalam bidang perguruan tercapai.

Pesanan Tan Sri kepada semua guru?

MUHYIDDIN: Profesion guru amat mulia. Guru-guru mesti memberi sumbangan kepada anak watan dan menyifatkan tanggungjawab mereka itu sebagai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Penting di mana guru jalankan tugas dengan rasa senang hati. Saya ingin memberitahu bahawa kerajaan iktiraf peranan guru dan menghargai sumbangan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kita tahu mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Kita mahu supaya mereka berikan tenaga serta masa mereka untuk menjadikan profesion guru sesuatu yang dimuliakan.

Kredit kepada Utusan Malaysia Online : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Sesekali Teringat….

it’s been a while me n myself look around and nobody around me .It’s great when we thot that we will surrounding with friends and the person that we love most.But there is nothing…

That’s the time when we thot that we happy but unfortunately we are not…yet our life continue without break or rest..time…time..time…so fast so cruel so etc…but thats life….

Love to see other people keep standing even huge n major obstacle infront of them…lucky…,me..? so far nothing can harm myself unless that when come to the my preciouse baby…experienced gave their lesson.

blablablabla….

Perkara itu…

Kadang-kadang pengalaman banyak mengajar…dan kadang-kadang sangat tidak suka pengalaman tu…

Biasanya pengalaman yang sangat tidak mengembirakan..pengalaman yang mengembirakan telah dihilang ditelan kesedihan dan kesusahan.Bukan hendak mengeluh atau pun tidak bersyukur tetapi sekadar ingin meluahkan melalui catatan journal ini…sekurang-kurangnya ingin mengurangkan sedikit tekanan emosi…

Mak pesan” perbaiki solat”…melalui solat sudah tentu dapat memperbaiki diri…yer baik mak…sayang mak.
Tetapi kadang-kala..tak dapat nak bersedih…hanya tersenyum menyembunyikan keresahan hati…hanya tersenyum…

Mawaddah – Terima kasih Tuhan

Terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-MuTuhan yang Maha Pengasihdan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal ‘Aalamin
Maafkanlah aku.

lagu ni sangat puitis kepada saya sebagai insan yang seringkali melakukan kesalahan.. antara bait-bait yang boleh menyebabkan air mata ini mengalir..

Ya Allah, terima kasih kerana memberikan daku peluang dan rahmat yang tak terhingga…