Adab berkunjung dan Menerima tetamu

Rasulullah S.W.T bersabda ” Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah,maka berserulah satu suara,moga-moga kamu menjadi baik da baiklah pula langkahmu dan kamu telah berolehsebuah rumah di syurga. (riwayat Ibnu Majah dan at Tirmizi)
Ramai kadang kala tidak mengetahui adab berkunjung ke rumah saudara atau rakan taulan hingga kadang-kala salah satu pihak berkecil hati dan tidak gembira.Biasalah manusia walaupun kadang kalai manis diwajah pasti akan terdtik dihati mengenai kekurangan orang lain.
Adab-adab orang berkunjung haruslah :

1.Memasang niat ikhlas kerana Allah S.W.T

2.Memilih waktu ziarah yang sesuai dan ketika tuan rumah tidak berada dalam kesulitan untuk menerima kita sebagai tetamu.Call dululah apa2 pun..

3.Mengucapkan salam dan meminta izin untuk masuk.Selepas memberi salam sebanyak 3 kali dan tidak diberi jawapan beredarlah tanpa rasa tersinggung.Keizinan ini dan menjawab salam bagi tuan rumah adalah penting ini kerana ada kena mengena dengan firman Allah ” wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu sehingga kamu meminta izin dan kamu memberi salam kepada ahli rumah itu.Yang demikian itu adalahlebih baik bagi kamu supaya kamu beringat.”

3.seeloknya berdiri disebelah kiri atau kanan pintu.Jangan berdiri bertentangan dengan pintu utuk mengelakkan pandangan kita terus tertumpu ke tengah rumahsebaik sahaja tuan rumah membuka pintu.Berkemungkinan tuan rumah dalam keadaan yang tidak sempurna menutup aurat dan ini boleh menimbulkan keaiban.

4.Masuk hanya jika setelah dipersilakan.Ambil tempat yang telah ditentukan oleh tuan rumah sahaja.Jangan nk duduk sana sini sesuka hati walaupun anda telah biasa di rumah itu.

5.Jaga pandangan,jangan sampai mata meliar dan memerhatikan sekitar rumah.

6.Berbual dengan sopan dan bermuka manis.

7.Makan dan minum hidangan yang telah disediakan walaupun sedikit.(jangan menolak hidangn dengan alasan anda tak makan itu atau tak makan ini.) jamahlah sedikit ..

8.Sebelum balik,ucapkan terima kasih atas layanan yang telah diberikan,Uacapkan salam dan jangan lupa menjemput tuan rumah datang berkunjung ke rumah kita pula…

Bagi tuan rumah pula :

1.Menunjukkan sikap suka dan meraikan tetamu dengan ikhlas.Ini kerana setiap tetamu yang datang setiasa membawa rahmat.Sabda Rasulullah S.W.T. ” Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,maka hendaklah dia memuliakan tetamu.” Riwayat bukhari dan Muslim)

2.melayan tetamu dengan sewajarnya.Jangan membezakan darjat.

3.Jika tidak bersedia menerima tetamu,nyatakan dengan sopan agar tidak menyinggung tetamu.

Moga kita semua dirahmati Allah.
Add a caption