Salam dan selamat mengikuti blog saya ini….

Hari nie sudah pun hari sabtu….perancangan awal 2 minggu pertama ini sudah hampir siap…sebuah kursus kepada yang ingin menjadi guru tuisyen sudah pun dijalankan secara personal coaching.Peserta 5 orang sahaja tetapi..saya sangat berpuas hati kerana saya mendapat peserta yang begitu berkualiti.Peserta yang hadir adalah dari Kuala Lumpur..Seremban..Shah Alam dan Bangi.Saya merasa bangga sendiri kerana peserta adalah orang Melayu dan masih muda.Saya bangga kerana mereka ada kesungguhan dan mereka menyatakan bekerja adalah lebih baik dari mengharapkan sesuatu yang tidak pasti sekiranya mereka melibatkan diri dalam E-Dagang..Humm…senyum sendiri saya..Saya menyatakan “jangan begitu…E-Dagang adalah suatu yang hebat jika kita tahu caranya..kutip sahaja ilmu yang boleh manfaatkan diri,Insyaallah manalah tahu rezeki Allah”

Kursus yang lebih besar dijangka akan diadakan pada 6hb February 2010…lewat dari tempoh yang sepatutnya iaitu pada 23hb January.Kelewatan adalalah disebabkan tempat yang telah dibooking telah diberikan kepada pihak lain.Humm…tidak tahu hendak salahkan siapa..adakah saya atau pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal logistik.Walaubagaimana pun kepada sesiapa yang telah mendaftar pada 23hb January 2011 kursus akan tetap diadakan tetapi hanya 10 orang sahaja.
Kita buat ditempat yang lebih eksklusif berhampiran dengan rumah saya….

Terima kasih kepada sesiapa yang telah menyokong penuh kursus saya ini.

Smile.