Pandang ke hadapan

Perkhidmatan tuisyen di rumah ini adalah perniagaan yang berasaskan air liur yang disokong oleh pengetahuan dan kemahiran komunikasi yang baik (bukannya yang tidak berkomunikasi dengan baik itu tidak boleh, boleh juga…nanti kita bincangkan dengan lebih lanjut kemudiannya…)

Perkara utama yang perlu ada pada seorang usahawan tuisyen ialah memandang kehadapan dengan penuh yakin dengan apa sahaja yang akan dilakukan.Kepada para usahawan tuisyen ini perkara pokok yang paling utama ialah MINAT.
• MINAT untuk mengajar
• MINAT untuk berada di kalangan pelajar
• MINAT untuk mendidik
• MINAT untuk maju kehadapan
• MINAT untuk memperbaiki taraf ekonomi diri
• MINAT untuk memperolehi kesenangan hidup

Itulah dia perkataan keramat pembakar hati pendorong jiwa.Tanpa minat yang mendalam biarpun anda seorang guru saya percaya kehidupan anda akan berada ditakuk itu juga.Tanpa minat malanglah nasib, mungkin buat juga tetapi separuh hati ataupun bukan jiwa pengajar dan akhirnya mengajar “bagai melepaskan batuk di tangga “.Macam itulah yang biasa berlaku.
Sebab itulah saya menegaskan bahawa semuanya terletak kepada minat.Biasanya orang kalau sudah minat sanggup bergolok bergadai untuk mencapai apa yang diminati.

Salam