Berfikirlah secara positif ataupun optimistik.

Berfikir secara positif atau optimistik akan menyenangkan hati anda dan melapangkan jiwa anda..Hanya dengan bersikap seperti ini anda akan berkeyakinan untuk menghadapi apa-apa sahaja cabaran dan rintangan.
Jangan sekali-kali anda memikirkan sesuatu perkara yang belum berlaku,ini kerana banyak harapan musnah hanya kerana anda memikirkan sesuatu perkara yang belum pasti akan berlaku.
Jangan jadikan sesuatu perkara yang tidak diingini menekan diri anda sehinggakan anda berasa diri anda rendah diri dan menjauhkan diri dari menghadapi sesuatu perkara.
Elakkan daripada memikirkan sesuatu yang negatif kerana anda pasti akan terpengaruh dengan unsur negatif ini.
Mengikut David Niven,Ph.D best selling author of The 100 Simple Secret of Successful People “People who find themselves dissatisfied in life often set unreachable goals for themselves,setting themselves up to fail.” Mudah bukan …orang yang sentiasa tidak puashati dengan kehidupan sentiasa berfikiran negative dan akhirnya semuanya gagal.
Bukalah minda…buka seluas-luasnya kepada idea-idea baru dan cara baru untuk memperbaiki kehidupan.jangan berhenti belajar dan mengubahsuai.

Dunia sentiasa berubah.jika kita menghadkan keupayaan diri dan mudah merasa selesa dengan apa yang anda ada sekarang,sudah tentunya perasaan tidak puashati dengan kejayaan orang lain semakin menebal dan meningkat sama seperti umur anda.

Jangan rasa anda sudah mahir dengan satu-satu bidang itu anda akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.teruskan usaha sehingga anda menjadi seorang yang serba boleh dan mahir dalam semua bidang.