Salam…

semalam dan kelmarin anak2 murid menduduki peperiksaan SPM…sebagai cikgu, diri sendiri pula merasa kecut dan bimbang sekiranya anak2 murid tidak dapat menjawab dengan baik.

sebagai seorang guru tuisyen …saya sangat merasa bertanggungjawab sepenuhnya kerana ada keluarga yang telah membayar dengan sejumlah wang yang begitu banyak untuk memastikan kejayaan anak2 anak mereka.

Tetapi setakat yang saya tahu…saya telah menumpahkan sepenuh perasaan dan pengetahuan untuk kejayaan anak2 murid saya.Malahan saya begitu berbangga dengan anak2 saya.Walaupun mereka bukanlah terdiri daripada anak2 murid yang genius dan cemerlang.Tetapi semangat mereka untuk berjaya sangatlah mengkagumkan,teringat pada diri sendiri yang tidak begitu pandai sehinggakan terpaksa melakukan berkali2 untuk memahami dan mahir mengenai sesuatu tajuk..

Insyaallah saya percaya mereka akan berjaya.Selamat berjaya semua