SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT KLANG

KERJA KURSUS GEOGRAFI
2010

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
DI KAWASAN SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

Nama Murid :
Tingkatan :
Nama Guru :

—————————— —————————–
T.Tangan Murid T.Tangan Guru

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru Geografi saya, iaitu yang telah meluangkan masanya menunjuk ajar dan membimbing saya semasa menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua sekolah, iaitu Puan Bahariah Bustamam yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada ayah dan ibu yang memberikan dorongan dan sokongan untuk saya menjalankan kajian ini dan menyiapkan kertas kursus ini.

Jutaan penghargaan kepada penduduk-penduduk Bukit Jelutong yang telah terlibat secara langsung dalam membantu dan memberikan kerjasama mereka dengan meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang kaji selidik yang telah saya disediakan. Tanpa kajian selidik ini, maka sukarlah saya untuk menyiapkan kertas kursus ini dengan baik.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk membuat kertas kerja ini.

Sekali lagi kepada semua yang terlibat, terima kasih sekalung budi.

PENDAHULUAN

Pelaksanaan kertas kursus ini merupakan syarat untuk semua pelajar calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negara dimana kesemua calon PMR wajib menyiapkan Kertas Kursus Geografi pada tempoh yang ditetapkan.

Untuk calon-calon PMR tahun 2010, tajuk yang diberikan untuk Kertas Kursus Geografi ini adalah Migrasi Dalaman Penduduk. Calon telah diarahkan untuk membuat kajian di kawasan tempat tinggal atau sekolah yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.

Oleh yang demikian, saya memilih kawasan Bukit Jelutong dimana ia merupakan tempat tinggal saya kerana ini dapat memudahkan saya menjalankan kajian ini.

Tempoh yang diberikan untuk menjalankan dan menyiapkan kertas kursus ini bermula dari Februari hingga Julai 2010. Selepas mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan, saya telah menulis satu laporan lengkap secara individu berdasarkan format yang telah ditetapkan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan dapat digunakan sebagai asas pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang dipelajari dalam subjek migrasi termasuk faktor-faktor yamg mempengaruhi migrasi.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :-

a. Mendefinisikan dan menghuraikan konsep migrasi penduduk.

b. Mengkaji dan menghuraikan pola migrasi penduduk.

c. Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk.

d. Mengkaji dan menghuraikan kesan migrasi kepada penduduk.

e. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk.

f. Membuat rumusan keseluruhan termasuk penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian Bukit Jelutong di bina pada tahu 1995 . Kawasan ini asalnya ialah sebuah kawasan kelapa yang telah di tebus guna menjadi kawasan petempatan
Lokasi kawasan kajian saya ialah di selatan bandar Shah Alam . Jarak di antara kawasan kajian saya dengan bandar Klang kira-kira 10 km . Kawasa kajian saya boleh di hubungi dengan jalan raya sama ada menaiki teksi atau kereta .

Jika tinjau kawasan kajian saya merupakan tanah pamah yang rata . Walaubagaimanapun , kawasan ini berasal daripada kawasan beralun yang tidak mengalami banjir .
Selain itu , di kawasan persekitaran Bukit Jelutong di lengkapi dengan kemudahan asa seperti kedai runcit , masjid , balai polis , dan sebagainya .

peta daerah :

Kawasan kajian

7.0 KAEDAH KAJIAN

Selepas diberi tajuk kertas kursus “Migrasi Dalaman Penduduk di Bukit Jelutong”, saya telah menggunakan kaedah kajian seperti berikut semasa menjalankan kajian ini :-

a. Pemerhatian

• Pemerhatian terhadap ciri kawasan kajian dari segi pembangunan di kawasan persekitaran serta kemajuannya.

• Pemerhatian terhadap kepadatan penduduk dan kawasan perumahan serta jenis kemudahan yang terdapat di kawasan persekitaran.

b. Soal Selidik

• Pengedaran borang soal selidik dibuat kepada 22 orang individu. Borang soal selidik telah disediakan seperti di lampiran untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian kertas kursus iaitu migrasi dalaman penduduk.

• Kategori individu yang menjalankan soal-selidik adalah penduduk di kawasan Bu dimana dikaitangan mereka terdiri daripada golongan yang berkerja, suri rumah tangga dan golongan peniaga yang menjalankan perniagaan di Bukit Jelutong.

c. Temu bual

• Temu bual telah dibuat dengan 4 orang penduduk Subang Jaya yang terdiri daripada tiga golongan yang berlainan iaitu golongan surirumah, pelajar dan guru. Temu bual telah dibuat berdasarkan soalan-soalan yang disediakan seperti di lampiran.

d. Rujukan

• Pengumpulan maklumat yang berkaitan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

• Pengumpulan maklumat melalui internet / laman web.

• Rujukan dibuat kepada buku teks geografi tingkatan 2.

• Rujukan dibuat kepada buku rujukan “Explorasi Geografi” tingkatan 2 terbitan Oxford Fajar (bab 9).

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 KONSEP MIGRASI PENDUDUK

Migrasi penduduk ialah perpindahan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.

Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah negara ke negara yang lain. Contoh migrasi antarabangsa adalah perpindahan jiran saya bernama Puan Margaret Loh dari negara China ke Bukit Jelutong, Malaysia kerana berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Migrasi dalaman ialah perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan sesebuah negara semada perpindahan tempat tinggal secara sementara atau kekal. Contoh migrasi dalaman dalam kajian saya adalah perpindahan seorang penduduk bernama Datin Shamsiah yang berpindah dari Muar, Johor ke Bukit Jelutong, Selangor.

Migrasi dalaman melibatkan perpindahan dari bandar ke bandar (contoh: penduduk berpindah dari Petaling Jaya ke Bukit Jelutong) , bandar ke luar bandar (contoh : penduduk berpindah dari Bukit Jelutong ke Morib), luar bandar ke luar bandar (contoh : penduduk berpindah dari Morib ke Kuala Selangor) dan luar bandar ke bandar (contoh : penduduk berpindah dari Morib ke Bukit Jelutong). Memandangkan Bukit Jelutong merupakan satu bandar di Selangor, kajian saya hanya melibatkan migrasi dalaman.

8.2 POLA MIGRASI PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN

o Bukit Jelutong merupakan salah satu petempatan yang giat dan pesat membangun sahaja di Selangor . Ia juga adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tinggi.

o Dalam kajian saya, memandangkan Bukit Jelutong adalah satu petempatan yang padat, pola migrasi menunjukkan perpindahan dari bandar ke bandar dan perpindahan dari luar bandar ke bandar. Sebagai contoh : perpindahan penduduk bernama Raja Zulkarnain dari Subang Jaya ke Bukit Jelutong adalah migrasi bandar ke bandar manakala perpindahan penduduk bernama Raja Hamsom dari Morib ke Bukit Jelutong adalah migrasi dari luar bandar ke bandar. Kebanyakan bandar-bandar yang terlibat dalam migrasi ke Bukit Jelutong adalah dari bandar-bandar besar dan maju yang berdekatan seperti Kelang, Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya ataupun bandar-bandar membangun seperti di Ipoh dan Johor Baru.

o Daripada 22 kaji selidik yang dijalankan, hanya lima penduduk sahaja menggambarkan pola migrasi dari luar bandar ke bandar manakalah bakinya seramai 17 orang menunjukkan migrasi dari bandar ke bandar. Dalam 4 temu-bual yang dibuat pula, 2 menunjukkan pola migrasi dari luar bandar ke bandar manakala 2 lagi adalah migrasi dari bandar ke bandar. Sila lihat jadual graf di bawah bagi keseluruhan pola migrasi melalui temu bual dan kaji selidik saya :- :

Pola Migrasi Borang Kaji Selidik Temu-bual
Bandar ke bandar 17 2
Luar bandar ke bandar 5 2
Jumlah 22 4

Sumber : Borang Kaji selidik dan temu bual
GRAF POLA MIGRASI HASIL DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMU-BUAL YANG DIBUAT SEMASA KAJIAN KURSUS

• Pola migrasi dari bandar ke bandar dalam kajian saya menunjukkan penduduk berhijrah kerana disebabkan peluang pekerjaan, kemudahan asas yang baik dan lengkap dan mengikut keluarga yang berpindah ke Bukit Jelutong. Dari pemerhatian saya, pembangunan kolej-kolej swasta yang bertaraf antarabangsa juga mendorong pergerakan penduduk yang terdiri daripada pelajar terutamanya secara sementara.

• Pola migrasi dari luar bandar ke bandar pula dipengaruhi oleh kemudahan asas di Bukit Jelutong dan peluang pekerjaan yang terdapat di Bukit Jelutong atau kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan kajian.

• Daripada kajian yang dibuat, majoriti pola migrasi di Bukit Jelutong menunjukkan migrasi bandar ke bandar.

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN

• Antara faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bukit Jelutong adalah peluang pekerjaan yang banyak, kemudahan-kemudahan asas yang lengkap, pusat pendidikan yang baik untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran dan migrasi mengikut keluarga.

• Berdasarkan kaji selidik yang dibuat kepada 22 orang penduduk di Subang Jaya, jadual dibawah menunjukkan hasil kajian berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bukit Jelutong:-

HASIL KAJI-SELIDIK FAKTOR MIGRASI
Faktor-Faktor Migrasi Jumlah Penduduk dari Kaji selidik
Peluang Pekerjaan 13
Melanjutkan pelajaran 2
Kemudahan Asas 20
Darjah Ketersampaian -
Arahan Majikan -
Mengikut Keluarga 11
Sumber : Borang Kaji-selidik

GRAF – FAKTOR MEMPENGARUHI MIGRASI (HASIL KAJI SELIDIK YANG DIJALANKAN)

Sumber : Borang kaji selidik

• Peluang Pekerjaan

Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial telah menjadikan Bukit Jelutong berkembang dari sebuah kawasan perumahan biasa kepada satu kawasan perumahan elit yaran yang pesat dengan aktiviti-aktiviti komersil, industri dan sosial. Sebagai contoh, banyak kedai, pasaraya,restoren telah dibuka menawarkan pekerjaan dan perniaagan kepada penduduk. Ia juga mempunyai satu kawasan perindustrian di Pusat Perindustrian Bukit Jelutong dan terletak berdekatan dengan kawasan-kawasan perindustrian yang maju seperti di Sek 15 dan U1 di Shah Alam.

Pusat-pusat membeli-belah seperti di Mydin dan U Eight (akan dibuka) menambahkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk.

Saya berasa amat bertuah kerana tinggal di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi yang maju dan mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Saya yakin dengan peluang pekerjaan yang banyak, masa hadapan generasi muda di Bukit Jelutong adalah lebih terjamin.

• Kemudahan Asas

Bukit Jelutong merupakan satu kawasan yang membangun dengan cepat. Bukit Jelutong bukan sahaja mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik serta jalanraya tetapi kemudahan-kemudahan infrastruktur, pusat pendidikan, pusat perubatan dan komersil yang canggih. Ini mendorong migrasi penduduk ke Bukit Jelutong.

Perkhidmatan-perkhidmatan seperti restoran-restoran, teknologi maklumat dan perbankan mudah dan banyak didapati di Bukit Jelutong. Jaringan jalanraya yang cekap juga mendorong penghijrahan penduduk ke kawasan ini.

Memandangkan keluarga saya telah lama berhijrah ke Bukit Jelutong sejak lebih 5 tahun yang lalu, saya bersyukur kerana telah tinggal di kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang canggih dan sistem jalanraya yang cekap.

• Pendidikan

Bukit Jelutong merupakan salah satu pusat pendidikan di Negeri Selangor dengan adanya kolej yang besar seperti Kolej PTPL,. Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan Universit Teknologi Mara,Malaysian Science University. Ini mendorong migrasi dalaman terutama dikalangan pelajar-pelajar yang akan tinggal di Bukit Jelutong secara sementara untuk tempoh yang singkat.

Berdasarkan kesemua empat temubual yang dibuat, penduduk mempunyai keyakinan terhadap pembangunan pendidikan di Bukit Jelutong. Mereka percaya kolej-kolej ini boleh menyediakan pendidikan lanjut untuk anak-anak mereka selepas sekolah menengah.

Selain daripada mempunyai satu sekolah swasta iaitu sekolah Sri Cahaya , Bukit Jelutong mempunyai sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai prestasi yang baik. Oleh itu, saya beruntung kerana bersekolah di tempat yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan juga mempunyai pilihan kolej yang banyak untuk melanjutkan pelajaran kelak.

• Faktor sosial mengikut keluarga

Migrasi dalaman di Bukit Jelutong juga banyak dipengaruhi oleh faktor mengikut keluarga. Ramai yang berhijrah ke Bukit Jelutong mengikut suami selepas berkahwin kerana keluarga asal mereka tinggal di luar bandar.

Ada juga penduduk-penduduk yang berpindah mengikut anak-anak yang berhijrah ke Bukit Jelutong kerana bekerja.

• Dasar Kerajaan

Dasar dan pentadbiran kerajaan yang sentiasa prihatin tentang keselesaan penduduk juga mendorong migrasi dalaman penduduk ke Bukit Jelutong. Kerajaan juga banyak memberi tumpuan pembangunan di kawasan ini dengan menjaga persekitaran di Bukit Jelutong sebagai kawasan perumahan yang selesa, harmoni dan baik. Kerajaan juga berusaha menjadikannya sebagai pusat ekonomi, sosial dan komersial yang pesat membangun. Saya berasa bertuah kerana negara ini dipimpin oleh kerajaan yang prihatin terhadap keselesaan dan kemudahan rakyat. Oleh itu, saya amat berterima kasih dan menghargai usaha-usaha kerajaan ini.

8.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN

Dalam kaji-selidik saya, migrasi dalaman membawa kepada kesan positif dan juga kesan negatif. Hasil kajian menunjukkan statistik seperti dalam jadual di bawah :-

Kesan Migrasi Jumlah penduduk yang berpendapat :
Masyarakat majmuk 21
Taraf hidup meningkat 20
Penduduk bertambah 21
Masalah social – jenayah 20
Masalah perumahan 5
Persaingan pekerjaan 16
Sumber : Borang kaji selidik
8.4.1 Kesan Positif

• Masyarakat majmuk

Penduduk di Bukit Jelutong terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum iaitu merangkumi kaum melayu, cina dan india. Sebagai satu petdan pusat mpatan ekonomi yang mempunyai kemudahan yang moden dan canggih, Bukit Jelutong berjaya mendorong migrasi dalaman dari pelbagai kaum yang kebanyakannya dari bandar ke bandar.Dalam kajian saya, penduduk kaum cina dari bandar-bandar utama seperti Ipoh dan Pulau Pinang yang kebanyakannya dikuasai oleh masyarakat cina memilih untuk berhijrah ke Bukit Jelutong kerana mereka boleh mendapat kemudahan yang sama dan moden sepertimana yang terdapat di tempat tinggal lama atau asal mereka.

Ini adalah satu kesan yang positif terutamanya pelajar-pelajar seperti saya yang membesar di persekitaran masyarakat majmuk. Ini dapat memdedahkan kepada saya sebagai rakyat Malaysia supaya belajar hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum dalam suasana yang harmoni. Disamping itu, saya juga dapat belajar tentang budaya dan adat kaum-kaum yang lain.

• Taraf hidup yang meningkat

Migrasi dalaman ke Bukit Jelutong dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Dengan peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang tinggi, mereka boleh hidup dengan lebih selesa dan mampu untuk menikmati kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang semakin canggih.

Saya bersyukur kerana dengan taraf hidup keluarga saya yang tinggi, saya dapat hidup dan belajar dalam persekitaran yang menggunakan teknologi terkini dan dikelilingi oleh kemudahan-kemudahan yang moden dan canggih.

• Pasaran bertambah
Migrasi penduduk ke Bukit Jelutong menyebabkan pasaran bertambah dan menjadi lebih luas. Lebih banyak lagi pusat-pusat komersil akan dibuka. Peningkatan taraf hidup juga dapat meningkatkan kuasa beli. Ini adalah baik untuk para peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka.

Saya bangga kerana negara kita dapat melahirkan ramai golongan peniaga yang berjaya.

8.4.2 Kesan negatif

• Masalah sosial – jenayah

Migrasi dalaman telah menyebabkan Bukit Jelutong berkembang sebagai satu petempatan yang maju dan pesat membangun. Penduduk-penduduk Bukit Jelutong telah mampu membeli rumah dan kereta mewah kerana taraf hidup mereka yang semakin tinggi. Ini mendorong kepada masalah jenayah yang semakin meningkat di sini. Kes kecurian kereta, kes pecah rumah dan kes ragut semakin meningkat di Bukit Jelutong. Tambahan pula kerja-kerja pembinaan di Bukit Jelutong telah membawa masuk ramai buruh asing dan ini telah menimbulkan masalah jenayah yang semakin serius.

Saya berharap masalah jenayah ini dapat dikurangkan kerana dengan adanya isu ini, penduduk-penduduk di Bukit Jelutong kurang bergaul dan bercampur sesama jiran tetangga kerana mereka berasa lebih selamat untuk duduk di dalam rumah pada waktu lapang atau hujung minggu. Saya suka melihat masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.

• Pertambahan penduduk – kesesakan lalu-lintas

Migrasi dalaman ke Bukit Jelutong telah menyumbang kepada peningkatan penduduk.

Pada pendapat saya, penambahan penduduk di Bukit Jelutong juga boleh membawa kepada kesan negatif. Pertambahan penduduk telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas di laluan masuk dan keluar di Bukit Jelutong terutamanya pada waktu kerja. Ini membawa kepada tekanan hidup yang tinggi dan kehidupan yang tidak sihat serta pencemaran udara. Bukit Jelutong juga telah menjadi satu kawasan yang sesak.

• Persaingan pekerjaan

Bukit Jelutong mempunyai ramai penduduk yang berpendidikan tinggi. Dengan taraf hidup yang tinggi, mereka juga mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan mampu berkomunikasi dengan baik. Ini menyebabkan persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan menjadi semakin meningkat. Dengan persaingan pekerjaan yang tinggi, mancari pekerjaan akan menjadi semakin sukar dan ini boleh membawa kepada masalah penganguran.

Dengan wujudnya persaingan untuk mencari pekerjaan, saya mestilah berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran saya supaya saya akan menjadi insan yang lebih kompetitif.

8.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

a. Mewujudkan rukun tetangga

Mewujudkan rukun tetangga adalah satu langkah yang patut diwujudkan dikalangan penduduk di Bukit Jelutong. Selain daripada mengurangkan kes-kes jenayah seperti kecurian, ia juga dapat menerapkan semangat kejiranan yang tinggi dikalangan penduduk. Jiran tetangga juga dapat berkumpul selalu untuk berbincang demi kebaikan penduduk semua.

b. Menguatkuasa undang-undang

Pihak berkuasa seharusnya menguatkuasakan undang-undang dengan mewajibkan setiap kawasan perumahan menggunakan perkhidmatan sekuriti. Sistem komuniti berpagar dengan memasang pagar di kawasan perumahan juga harus digalakkan. Pihak polis juga harus menyediakan balai polis kecil di setiap kawasan dan melakukan rondaan dengan lebih kerap. Penguatkuasaan undang-undang yang boleh mengurangkan jenayah akan menjadikan negara kita satu tempat yang selamat untuk diduduki. Kes ragut yang tinggi juga dapat mencemarkan nama baik negara kepada pelancong asing. Pengawasan yang kerap oleh pihak polis di setiap kawasan dapat mengurangkan kes ragut dan ini dapat menjaga imej negara kita.

c. Mewujudkan peluang pekerjaan

Kerajaan haruslah membangunkan lebih banyak pusat ekonomi dan perdagangan yang baru untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas. Kawasan-kawasan baru ini hendaklah terletak di kawasan yang strategik dan berdekatan dengan jaringan sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Kawasan baru ini akan menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan pekerjaan. Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga sekiranya negara kita mempunyai banyak kawasan penempatan dan pusat ekonomi yang pesat membangun yang boleh menjamin masa depan generasi seperti saya untuk mendapatkan pekerjaan.

d. Kempen berkongsi kereta

Dengan mempromosikan kempen berkongsi kereta di kalangan penduduk secara aktif, ini dapat mengurangkan bilangan kereta di jalanraya dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalu-lintas. Berkongsi kereta dapat mengeratkan persahabatan antara jiran tertangga. Ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.

e. Pengurusan trafik yang lebih efisien

Pengurusan trafik yang lebih efisien juga boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Usaha-usaha perlu dijalankan bagi menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Sistem bas sokongan yang cekap ke kawasan perumahan juga perlu dijalankan bagi menggalakkan penduduk untuk menggunakan kenderaan awam. Saya bersyukur kerana kawasan Bukit Jelutong mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap.

9.0 RUMUSAN

Saya berasa bersyukur kerana dapat mempersembahkan hasil kajian saya ini. Secara rumusannya, pola migrasi dalaman di Bukit Jelutong kebanyakannya melibatkan migrasi bandar ke bandar atau luar bandar ke bandar.

Kemudahan asas yang lengkap dan moden, peluang pekerjaan yang luas, mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran di kolej telah banyak mempengaruhi migrasi ke Bukit Jelutong.

Migrasi dalaman telah membawa kesan positif dan negatif kepada kawasan kajian ini. Antara kesan positif ialah ia berjaya mewujudkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Saya bangga menjadi anak Malaysia yang hidup dalam komuniti “Satu Malaysia” yang maju dalam suasana aman dan harmoni. Migrasi penduduk telah menaik tarafkan hidup penduduk dan juga meningkatkan kuasa beli. Saya berterima kasih di atas usaha-usaha kerajaan menjadikan Bukit Jelutong kawasan yang pesat membangun yang menawarkan peluang-peluang pekerjaaan dan perniagaan kepada penduduk di Bukit Jelutong

Walaubagaimanapun, kesan negatif akibat migrasi seperti masalah jenayah, masalah kesesakan jalanraya dan persaingan pekerjaan haruslah diselesaikan dengan segera. Saya berharap cadangan penyelesaian untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk dapat dilaksanakan untuk manfaat semua penduduk. Langkah-langkah penyelesaian seperti yang dibentangkan adalah perlu untuk rakyat terus hidup aman dan makmur.

Saya bangga menjadi penduduk Bukit Jelutong yang sentiasa pesat membangun dan moden.

11. RUJUKAN

A. Buku teks

• Buku Teks KBSM Geografi Tingkatan 2 oleh Chong Mui Sen, Azizan Hj Abu Samah

B. Buku rujukan

• Bab 9 dalam buku rujukan “Explorasi Geografi” tingkatan 2 terbitan Oxford Fajar oleh Mohammad Ismail dan Shamshiah Ahmad..

• Bab 25 dalam buku rujukan geografi Nexus PMR tingkatan 1-2-3 terbitan Sasbadi oleh Chong Mui Sen

C. Laman web

• Laman web : http://www.mycen.com.my/map/bukit jelutong.htlm

• Laman web : http://www.ms.wikipedia.org/wiki/bukitjelutong

D. Orang Sumber

Suriah bt Abd Rahman , no.19 jalan kubah u8/48 Bukit Jelutong 40150 shah alam , selangor

TAJUK MUKASURAT

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Bukit Jelutong
47500 Shah Alam
Selangor.

1 April 2010

Kepada,
Semua penduduk Bukit Jelutong yang terlibat
Shah alam
Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan,

SURAT PENGHARGAAN

Saya ….. , pelajar 3G Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang ingi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada saya semada dalam mengisi borang kaji selidik atau dalam temu-bual saya bersama tuan/puan.

Tanpa kerjasama tuan/puan, saya tidak akan dapat menyiapkan kertas kursus geografi ini dengan sempurna.

Sekali lagi, terima kasih sekalung budi.

Yang benar,


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI BUKIT JELUTONG

KOLEJ PTPL

PASARAYA KEDAI DOBI

RESTORAN MASJID

PUSAT PERNIAGAAN KEDAI ALAT TULIS\

KILANG PERGUDANGAN

Sekolah bank